Monday, June 18, 2012

Rainbow Cake



Assalamualaikum 
Nak tahu macam mana cara nak buat Rainbow Cake
Moh kite bermula sekarang (:


Disebabkan teringin sangat nak makan tapi cari kat bandar memang tak jumpa. Dekat secret pun tak ada soo aku decide nak cuba lah buat kek pelangi ni sebab teringin sangat nak makan. Alang alang nak buat ni aku cadang nak buat untuk Father's Day jadi buat lah juga kek ni.  Tak senang mana lah buat kek ni tapi korang kene banyak bersabar lah kalau korang kaki tak boleh menyabar baik tak payah buat okey??


Bismillah


Bahan-bahan yang diperlukan:

250gm Butter
200gm Gula Kastor
220gm Tepung naik sendiri
5 sudu besar susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
4 Biji Telur
4 jenis pewarna yang berlainan



Cara-cara nya:
  • Cara-cara Gris acuan bulat  panaskan ketuhar 180c. 
  • Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.


  • Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
  • Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.


  • Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning dan biru.




  • Bakar kan satu persatu lapis warna
  • Bakar 180c selama 20-25 minit setiap lapis




Cara membuat topping:



Apa yang anda perlu adalah sekotak whipping cream
ada dijual di mana mana Tesco and Giant.

Anda perlu pukul whipping creams tersebut sehingga menjadi creams
pukul sehingga menjadi agak bercream jangan terlalu over pukul
nanty creams korang tak menjadi.


Selang seli kan creams tadi dengan setiap lapisan dan
last sekali untuk bahagian atas kek iaitu topping.


This is my first trial to baking cake and i proud (:


Tahu kek aku buruk tapi jangan pandang sebelah mata.. Tinggal ciput kot haha


Memang sedeh geler nak buat cake ni. Mula buat pukul 11 then siap pukul 3. Tak penat pulak kan haa kesabaran punya pasal bakar selapis lapis. Kalau ikut adunan kat atas better korang buat 4 lapisan warna je lah takut nipis sangat lapisan nanty senang pecah kek tu.


Time lapisan tu dah masak korang kene tunggu dia sejuk dulu kalau tak melekat nanty. Sementara tunggu sejuk tu korang masak lah lapisan warna yang lain pulak. Untuk hiasan kat atas kek tu korang boleh letak je ape yang korang suka janji puas hati. Agak nampak lawa tu layan kan je Haha.



Alhamdullilah jadi kek jugak walaupun buruk
Hey kawan kawan meh ler cuba
SELAMAT HARI BAPA AYAH


Gambar tahun entah bila =='
Ayah cakap boleh tahan rasa kek ni
Thank lah ayah bagi nasihat jujur.



Selamat Mencuba kawan sekalian (: