Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday #1



Assalamualaikum
^__^


I will at there this Saturday and Sunday :)
Hey please coming 





Sunday, September 9, 2012

Sunday Story #1


Hey Everybody
Assalamualaikum




Currently Fall in Love with this Band and this song
i miss the feeling when im falling in love with someone i love
semua nya indah tak pernah ada cela..







Sunday, September 2, 2012

Sunday Story.



Assalamualaikum, Ehh Hello semalam update harini pun nak jugak!!
Makin rajin sebab tengah ada mood, Dah kang tak de mood 3bulan tak update pun boleh :D


Hidup dekat dunia ni kalau hidup nak bahagia je kan, itu bukan kehidupan namanya okey engkorang semua. Kehidupan yang sebenar mesti ada sedih dan seronok, itu baru kehidupan. Kalau kau nak hidup happy je tak pernah rase susah. sedih, susah lah macam ni. Macam mana kau nak kenal dunia yang luas ni, macam mane kau nak kenal orang sekeliling kau yang hari-hari nak hadap. Ingat bukan semua orang sama dengan kita. Maka belajar kehidupan itu penting okey?? :D


Masalah kalau tak pernah kene kat kita menipu lah kan.. Masalah yang kita dapat tu kan, semua itu tuhan bagi sebab die nak tengok macam mane kita nak handle dan tuhan tak kan bagi dugaan tu kalau kita tak mampu. Tuhan tahu kita mampu maka itu, Dia bagi kita dugaan. Contoh kecil, korang buat BIS, BIS tak active2 dugaan la tu dugaan menungu. Kan?


Nowdays, Masalah yang selalu jadi dekat remaja. Masalah cinta. Gua boleh cakap lah hari-hari pon ada gaduh kan. Bukan sebab ape pun, sebab salah faham, jeles and so on. Biasa lah tu, lumrah orang bercinta, bukanye  hari-hari manis je nak jugak kene yang pahit tu kan. Orang yang dah kawin 50 tahun pun ada yang bercerai ni pulak yang kapel baru 3 tahun. Korang ingat engkorang yang dah kapel lama-lama ni ape, kira korang rasa selamat ke.. Hey hello correction here ehh, kalau dah tuhan kata bukan, bukan jugak lah dia untuk kita. Nak buat macam mana, perit pun kene jugak tangung.


Bukan ape, tuan empunya blog ni pun pernah jugak terkandas tengah jalan, first love pulak tu kan. Sengsara giler wei, serius sakit nye teramat sangat okey tapi Heyy lumrah hidup lah weii kau nak bercinta, kau kene hadap risiko yang kau akan dapat nanti. First kau dah terime kau kene tangung lah macam mana pon orang tu layan kau. Time tu jangan bising lah sebab biasa lah korang kene tahu manis bercinta ni awal je then lepas tu kalau korang tak reti nak handle kecundang jugak.


Hey comeon, ni semua permainan hidup lah.. Kau jumpa orang yang salah sebab kau akan jumpa orang yang lebih baik. ini serius bukan main-main. Engkorang akan dapat yang terbaik jugak dalam hidup korang. Korang hanya perlu bersabar tunggu waktu dan detik itu dan jangan risau ia pasti akan mai juga. Make your life happy everyday and Follow the flow.





Tapi semua orang berharap siapa yang dengan kita sekarang, kita nak dia yang hidup dengan kita sampai mati kan. Memang tak mustahil, kalau dia benar-benar jodoh kita Alhamdullilah dan tak mustahil jugak, kalau kita rajin berdoa mintak dari Allah mana tahu tuhan makbulkan. Kerja Allah tak de yang tak boleh. Jadi jom lah kita doa sama-sama supaya kita dapat yang terbaik dalam hidup kita. Semoga selamat dunia dan akhirat. Amin






#Tapi kalau lelaki yang dengan kau sekarang ni sosial nak mampus dan tak reti naktaubat.. kau nak jugak ke??  Fikir-fikir kan lah. Keajaiban itu wujud. Moga berhasil hendaknya. :)


*Jangan pilih rupa untuk ukuran, pandang kebaikan dan pengangan dalam diri dia itu penting.



Much Love Salam




Saturday, September 1, 2012

Bye August And Say Hai to September.



Assalamualaikum,
Seperti biasa dimulakan dengan Bismillah (:


Kisah lama jangan dikenang kembali dan jangan diminta kembali kerana yang lepas adalah kekuatan bagi kamu berdiri dimasa sekarang. Ye tahu ayat lintang pukang, Jangan salahkan ayah sendiri sebab aku tak reti berbahasa.. Cehh!! Nama je anak pakar bahasa tapi anaknye kelaut..Sungguh kelaut. Haha okey tahu tak lawak, Saje nak test kemampuan boleh ke jadi pakar bahasa one day?? Harapan menjadi layu je lah imah oii..


Semalam 31 Ogos, Harini 1September.. Sudah semestinye, Semua orang ada sejarah hidup engkorang masing-masing kan. Seperti aku juga, Manusia biasa yang kehidupanya normal seperti orang lain yang tidak akan dapat lari dari kenangan. Maka itu nama nya hidup.. Perghh ayat tak nak kalah pulak tu.. Mampu??


Ape yang aku nak cakap sebenarnya ni, Ohh mari kita straight to the point ye engkorang.. Kite nak kabo ni semalam merdeka kan kan.. kita nak kabo SELAMAT HARI KEMERDEKAAN yang ke-55.. Yeahh im proud to be Malaysian and I love my country.. <---- ni ayat gua yang gua tweet semalam dengan mengunakan hastaq #Merdeka55 haha. Ini pun nak cete ke.. Alohhh gua tweet sebab gua nak dapat sijil Malaysian book of record nokkss!! Maka engkorang sila jeles kalau gua dapat sijil tu nanti.. Sijil je pon agak-agak mintak kerja senang tak kalau guna sijil tu?? =='



Ehsan dari google


# 1 september yang hadir doakan menjadi bulan yang memberi kenangan manis
yang jauh lebih indah atau lebih baik dari August yang telah berlalu pegi.

Op op op op Oppa Gangnam Style.. Haha


Okbai





Wednesday, August 29, 2012

Intend Vs Happy Eid Fitri



Assalamualaikum, Engkorang semua kita jumpa lagi
Haha lama tak jenguk blog ni.. Bukan apa kene faham kita sedang dalam intend sekarang.. Yihoo!! Nak habis belajar dah.. Sila jeles haha :D


First sekali nak cakap ni, Selamat hari raya engkorang semua lah ehh kalau ade salah silap, terlepas cakap, terkutuk, termakan terminum mintak halal kan lah ye.. Kita hanya manusia biasa tak lari dari kesilapan maka jadikan kesilapan lepas sebagai rujukan untuk masa akan datang.. Wah!! Ustaz Don sangat.. Ok jeles ustaz Don kawin dah.. Untung kak Husna.. :) Doakan kebahagian mereka lah hendak nye.. Hamboii 

Ehh kita ada kad raya lah.. haks!! :D


Wokeh wokeh wokeh (gaya johan).. kita teruskan pasal intend ehh.. Maka nak beritahuan ni kita dah 2bulan intend.. Hah best tak best lah kan biasa lah kalau kene buli tu, anggap je tuh macam assigment korang. Kita budak tengah intend ni kalau suruh buat ape-ape kita buat je asalkan yang halal ok uo'lls. Awal-awal memang lah kekok buat ini tak tahu, ini tak tahu. Sebenarnye bila kita masuk alam pekerjaan, kita akan dapat tengok jauhnye jarak kita belajar dengan bekerja tu. Faham tak?? Maksudnya kerja tak sama macam belajar yang kita patut praktik kan.. Haa macam tu lah.. Harap engkorang faham hendak ye.


Kita intend lame sehh!! 4bulan kot bulan 10 ni habis lah. Dan biasa lah kalau dah intend doa hari-hari cepat lah habis, nak rehat kat rumah je jadi pengangur and of course uo'lls tak sabar nak konvo wei.. kan kan kan Haha. mintak disini doakan kita dapat sambung belajar dengan cepat ye.. kita tak ready nak kerja lagi :) 


Ok lah habis lah cete pasal intend, nak cete pasal raya boleh?? raya kita tak bape syok tahun ni, moosd spoil betul. Boleh baju raya tak siap, menyampah betul kalau orang dah berjanji tapi takleh buat tahu tak marah!! raya wei raya.. Dah lah satu-satu nye baju raya yang ada nasib baik ada First Lady semua masalah selesai. Beli dan blah, dah boleh raya ^__^ tapi semua nye okey je raya tahun ni.


Tadaa, nampak tak penipuan kat situ bajet kurus bahaha!!



# Hey again Happy Eid Fitri Maaf zahir dan batin
Moga bertemu lagi ni post yang akan datang





Monday, June 18, 2012

Rainbow Cake



Assalamualaikum 
Nak tahu macam mana cara nak buat Rainbow Cake
Moh kite bermula sekarang (:


Disebabkan teringin sangat nak makan tapi cari kat bandar memang tak jumpa. Dekat secret pun tak ada soo aku decide nak cuba lah buat kek pelangi ni sebab teringin sangat nak makan. Alang alang nak buat ni aku cadang nak buat untuk Father's Day jadi buat lah juga kek ni.  Tak senang mana lah buat kek ni tapi korang kene banyak bersabar lah kalau korang kaki tak boleh menyabar baik tak payah buat okey??


Bismillah


Bahan-bahan yang diperlukan:

250gm Butter
200gm Gula Kastor
220gm Tepung naik sendiri
5 sudu besar susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
4 Biji Telur
4 jenis pewarna yang berlainan



Cara-cara nya:
  • Cara-cara Gris acuan bulat  panaskan ketuhar 180c. 
  • Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.


  • Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
  • Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.


  • Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning dan biru.




  • Bakar kan satu persatu lapis warna
  • Bakar 180c selama 20-25 minit setiap lapis




Cara membuat topping:



Apa yang anda perlu adalah sekotak whipping cream
ada dijual di mana mana Tesco and Giant.

Anda perlu pukul whipping creams tersebut sehingga menjadi creams
pukul sehingga menjadi agak bercream jangan terlalu over pukul
nanty creams korang tak menjadi.


Selang seli kan creams tadi dengan setiap lapisan dan
last sekali untuk bahagian atas kek iaitu topping.


This is my first trial to baking cake and i proud (:


Tahu kek aku buruk tapi jangan pandang sebelah mata.. Tinggal ciput kot haha


Memang sedeh geler nak buat cake ni. Mula buat pukul 11 then siap pukul 3. Tak penat pulak kan haa kesabaran punya pasal bakar selapis lapis. Kalau ikut adunan kat atas better korang buat 4 lapisan warna je lah takut nipis sangat lapisan nanty senang pecah kek tu.


Time lapisan tu dah masak korang kene tunggu dia sejuk dulu kalau tak melekat nanty. Sementara tunggu sejuk tu korang masak lah lapisan warna yang lain pulak. Untuk hiasan kat atas kek tu korang boleh letak je ape yang korang suka janji puas hati. Agak nampak lawa tu layan kan je Haha.



Alhamdullilah jadi kek jugak walaupun buruk
Hey kawan kawan meh ler cuba
SELAMAT HARI BAPA AYAH


Gambar tahun entah bila =='
Ayah cakap boleh tahan rasa kek ni
Thank lah ayah bagi nasihat jujur.



Selamat Mencuba kawan sekalian (:





Yesterday is Sunday



Assalamualaikum
Hey korang Happy monday
Today is Monday but yesterday is sunday


Alhamdullilah, Aku masih lagi bangun dari lena dengan izinya. Hari ahad yang kegembirakan such a beautiful day me like it. Pagi pagi dah bangun dah buat keje rumah ambek hati mak and ayah sebab nak keluar. Haha yes aku memang kaki mengampu cikit. Kite bangun pagi pagi sebab nak keluar dating lah. Haha Dating lah sangat. Just Hangout and breakfast and lunch together (:


Sebenarnya semalam memamg dah tido lambat sebab buat kek untuk ayah then pagi tadi bangun awal pulak,  tak mengantok pulak aku kan tapi nak jenjalan punya pasal kisah pulak aku mengantok ke tak.  Kite suka jalan jalan. Moh kite (:


Jalan jalan Usha orang


Zaman puba kala =='


I can die without you

Mcd Value Lunch omnomnom 


Tosei always be my Favourite.. nyum nyum


Masa yang singkat tapi sangat berkualiti. Weekand always made my day. Hehe kite suke sangat lah. tapi masa amat menceburui, hafiz ada job tak dapat keluar lama lama pon. Janji dapat jumpa kejap pon okey lah dari tak langsung. (:


Tada!! muka tak dak makeup sebab malas


Rasa macam post ni merepek sikit but just wanna share my happy weekend Haha tak suka tak pe tapi kite suke. Kita pon nak happy juga selagi boleh happy, Let's make your day with smile (:



*Thank you for yesterday (:
Love when we share our lunch
Had great conversation.